"Menutup aurat itu wajib bagi seorang Muslim @ muslimah"
Memandangkan sekarang ni berlakunya
perkembangan fesyen yang semakin "pesat", kaum Hawa terutamanya akan
terkena tempiasnya dahulu. Maklumlah..perempuan memang tidak boleh
dipisahkan dengan shopping dan fesyen. Berfesyen itu tidak
salah dan Islam tidak pernah mengharamkan umatnya berfesyen. Akan
tetapi, akan menjadi salah apabila berfesyen sehingga melanggar
batas-batas dan cara pemakaian yang telah di beri "garis panduan" oleh
Islam itu sendiri.
Seperti mana yang kita ketahui
dan kita pelajari, aurat wanita itu merangkumi seluruh tubuhnya
melainkan muka dan kedua belah tapak tangan sahaja. Oleh itu..selain
daripada anggota yang tadi, ia merupakan aurat. Apa itu aurat?? Aurat
ialah anggota badan yang tidak boleh di lihat atau di zahirkan kepada
orang yang bukan mahram kita. Hal ini bermaksud..bagi kaum Hawa,
pemakaian yang sempurna itu wajib. Bukan sekadar menutup, bahkan tidak ketat seperti "sarung nangka".
Begitu juga..selain daripada
perkembangan baju, tudung juga ada juga fesyennya. Sekarang ni
macam-macam jenis tudung ada kan..tudung syiria, pashmina, selendang dan
lain-lain. Kadang kala tudung yang dijual tu juga begitu pendek dan
tidak menutup bahagian dada bila memakainya. Tujuan kita pakai tudung,
bukan sahaja untuk menutup rambut..bahkan, kita perlu juga menutup
"perhiasan" yang lain nya. Ada juga yang berpendapat, jika kita tidak
mengikuti arus fesyen semasa..orang itu ketinggalan zaman dan tidak "up to date".
Bagi saya..pendapat itu tidak tepat sama sekali. Orang yang
berfikiran seperti itu ialah orang yang mempunyai minda yang
tertutup.Sebab apa saya berpendapat macam tu, sebabnya ialah menutup aurat itu yang utama dan bukannya fesyen itu menjadi keutamaan.
Kita perlu fikir kembali apakah tujuan asal kita memakai
tudung..tujuannya ialah untuk menutup "perhiasan" (rambut dan dada) yang
kita miliki. Kalau tudung yang kita pakai itu pendek dan tidak menepati
ciri--ciri yang sepatutnya, sama jua kita tidak menutup aurat..memakai
tudung sekadar berfesyen semata-mata. Tidak perlu terlalu taksub dengan
fesyen..kerana kadang kala kita akan terlupa tujuan asal kita
memakainya.
Bukan sahaja kita perlu
memperbaiki cara pemakaian kita..tapi, yang paling penting ialah
dalaman, iaitu rohani. Dua-dua kita kena "upgrade" kan. Betul tak??
Semoga kita sama-sama menjadi yang lebih baik daripada yang
sebelumnya..sentiasa cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik.
Mafhumnya : "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan
mereka sendiri yang mengubahnya "..pernah dengar kan maksud ayat ni.
Jadi, pucuk pangkalnya diri kita sendiri..nak berubah ke, tak nak
berubah ke..semua terletak pada diri kita.
Selain itu, memakai STOKIN juga menjdi
salah satu cara utk menutup aurat dgn sempurna kerana kaki juga aurat
kita dgn org yg bukan mahram...jd, walaupun nampak kecil sahaja namun
ingatlah hanya dgn mendedahkan kaki kpd org bukan mahram akan
menyebabkan kita diazab di akhirat kelak...wallahu a'lam
"Sesungguhnya beruntunglah al-ghuroba' (orang yang asing)"
Jd,
janganlah takut & sedih jika orang lain memandang pelik dengan
penampilan kita yang menepati dgn kehendak syariat Islam pd masa skrg
...
~Kadang kala perkara yang kita anggap
remeh itu menyebabkan diri kita akan sentiasa dan berterusan melakukan
"dosa-dosa" yang tanpa kita sedari boleh membawa mudharat pada diri
kita~