Tuesday 24 April 2012

Jom Cover Aurat!

"Menutup aurat itu wajib bagi seorang Muslim @ muslimah"

Memandangkan sekarang ni berlakunya perkembangan fesyen yang semakin "pesat", kaum Hawa terutamanya akan terkena tempiasnya dahulu. Maklumlah..perempuan memang tidak boleh dipisahkan dengan shopping dan fesyen. Berfesyen itu tidak salah dan Islam tidak pernah mengharamkan umatnya berfesyen. Akan tetapi, akan menjadi salah apabila berfesyen sehingga melanggar batas-batas dan cara pemakaian yang telah di beri "garis panduan" oleh Islam itu sendiri. 

Seperti mana yang kita ketahui dan kita pelajari, aurat wanita itu merangkumi seluruh tubuhnya melainkan muka dan kedua belah tapak tangan sahaja. Oleh itu..selain daripada anggota yang tadi, ia merupakan aurat. Apa itu aurat?? Aurat ialah anggota badan yang tidak boleh di lihat atau di zahirkan kepada orang yang bukan mahram kita. Hal ini bermaksud..bagi kaum Hawa, pemakaian yang sempurna itu wajib. Bukan sekadar menutup, bahkan tidak ketat seperti "sarung nangka".

Begitu juga..selain daripada perkembangan baju, tudung juga ada juga fesyennya. Sekarang ni macam-macam jenis tudung ada kan..tudung syiria, pashmina, selendang dan lain-lain. Kadang kala tudung yang dijual tu juga begitu pendek dan tidak menutup bahagian dada bila memakainya. Tujuan kita pakai tudung, bukan sahaja untuk menutup rambut..bahkan, kita perlu juga menutup "perhiasan" yang lain nya. Ada juga yang berpendapat, jika kita tidak mengikuti arus fesyen semasa..orang itu ketinggalan zaman dan tidak "up to date". 

Bagi saya..pendapat itu tidak tepat sama sekali. Orang yang berfikiran seperti itu ialah orang yang mempunyai minda yang tertutup.Sebab apa saya berpendapat macam tu, sebabnya ialah menutup aurat itu yang utama dan bukannya fesyen itu menjadi keutamaan. Kita perlu fikir kembali apakah tujuan asal kita memakai tudung..tujuannya ialah untuk menutup "perhiasan" (rambut dan dada) yang kita miliki. Kalau tudung yang kita pakai itu pendek dan tidak menepati ciri--ciri yang sepatutnya, sama jua kita tidak menutup aurat..memakai tudung sekadar berfesyen semata-mata. Tidak perlu terlalu taksub dengan fesyen..kerana kadang kala kita akan terlupa tujuan asal kita memakainya. 
 

Bukan sahaja kita perlu memperbaiki cara pemakaian kita..tapi, yang paling penting ialah dalaman, iaitu rohani. Dua-dua kita kena "upgrade" kan. Betul tak?? Semoga kita sama-sama menjadi yang lebih baik daripada yang sebelumnya..sentiasa cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik. Mafhumnya : "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya "..pernah dengar kan maksud ayat ni. Jadi, pucuk pangkalnya diri kita sendiri..nak berubah ke, tak nak berubah ke..semua terletak pada diri kita.
 
 Selain itu, memakai STOKIN juga menjdi salah satu  cara utk menutup aurat dgn sempurna kerana kaki juga aurat kita dgn org yg bukan mahram...jd, walaupun nampak kecil sahaja namun ingatlah hanya dgn mendedahkan kaki kpd org bukan mahram akan menyebabkan kita diazab di akhirat kelak...wallahu a'lam
 
"Sesungguhnya beruntunglah al-ghuroba' (orang yang asing)"

Jd, janganlah takut & sedih jika orang lain memandang pelik dengan penampilan kita yang menepati dgn kehendak syariat Islam pd masa skrg ...
 


~Kadang kala perkara yang kita anggap remeh itu menyebabkan diri kita akan sentiasa dan berterusan melakukan "dosa-dosa" yang tanpa kita sedari boleh membawa mudharat pada diri kita~
 

No comments:

Post a Comment